7.4.1b Komposisi Udara (Soalan Subjektif)


Soalan 3:
(a) Rajah 3.1 menunjukkan suatu aktiviti untuk mengkaji bahawa oksigen diperlukan untuk respirasi.
Rajah 3.1


(i) Dalam Rajah 1, lukis anak panah dalam petak yang disediakan untuk menunjukkan arah pergerakan penunjuk merah selepas 10 minit. [1 markah]

(ii) Beri satu sebab bagi jawapan dalam (a)(i). [1 markah]

(iii) Mengapakah kapas yang direndamkan dengan larutan natrium hidroksida digunakan dalam aktiviti ini? [1 markah]

(iv) Apakah yang berlaku kepada penunjuk merah jika dua ekor lipas yang lain ditambah ke dalam tabung didih itu? [1 markah]


(b) Rajah 3.2 menunjukkan satu aktiviti untuk mengkaji kesan asap daripada kenderaan ke atas organisma hidup.

Rajah 3.2

(i) Mengapakah lipas di dalam tabung didih R hidup lebih lama daripada yang di dalam tabung didih S? [1 markah]

(ii) Cadangkan satu cara untuk membolehkan lipas di dalam tabung didih S hidup lebih lama. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
(a)(ii)
Oksigen di dalam tabung didih telah digunakan oleh lipas.

(a)(iii)
Untuk menyerap karbon dioksida yang dibebaskan oleh lipas.

(a)(iv)
Penunjuk itu bergerak ke dalam dengan kadar yang lebih cepat.

(b)(i)
Tabung didih R mengandungi udara bersih, sementara tabung didih S pula mengandungi udara yang tercemar.

(b)(ii)
Menanggalkn penutup getah, jadi lipas-lipas itu boleh mendapat udara segar.




Leave a Comment