6.3.1 Sifat Asid dan Alkali (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
(a) Rajah 1 menunjukkan dua jenis makanan, limau dan peria.

Rajah 1

Bandingkan rasa dua makanan ini. [1 markah]


(b) Rajah 2 menunjukkan sebiji limau nipis diperah ke dalam ke tabung uji yang  mengandungi serbuk zink.

Rajah 2

(i) Apakah gas yang terhasil apabila jus limau nipis itu bertindak balas dengan serbuk zink? [1 markah]

(ii) Mengapakah jus limau nipis boleh menanggalkan karat daripada pisau yang berkarat? [1 markah]


(c) Rajah 3 menunjukkan satu aktiviti untuk mengkaji sifat-sifat kalsium hidroksida.

Rajah 3

(i) Kertas litmus merah kekal merah di dalam tabung uji R manakala di dalam tabung uji S, ia bertukar menjadi biru.
Nyatakan satu sifat kalsium hidroksida. [1 markah] 


(ii) Asid bertindak balas dengan alkali seperti dalam persamaan berikut.


Terangkan proses yang berlaku dalam tindak balas itu. [2 markah]

(iii) Jika asid itu ialah asid hidroklorik dan alkali itu ialah natrium hidroksida, lengkapkan persamaan bagi tindak balas ini. [1 markah]


(iv) Ubat gigi bersifat alkali dan digunakan untuk membersihkan gigi.
Nyatakan satu kepentingan lain penggunaan ubat gigi. [1 markah]


Jawapan:
(a)
Lemon masam, peria pahit

(b)(i)
Hidrogen

(b)(ii)
Jus limau meneutralkan karat

(c)(i)
Kalsium hidroksida adalah sejenis alkali.

(c)(ii)
Suatu asid bertindak balas dengan suatu alkali untuk membentuk suatu garam dan air.

(c)(iii)
Natrium klorida

(c)(iv)
Ubat gigi meneutralkan asid yang terhasil daripada penguraian sisa makanan.




Leave a Comment