8.3.1a Aplikasi Daya Geseran (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
(a) Rajah 1 menunjukkan seorang murid mengayuh basikal.
Rajah 1

(i) Namakan daya Y. [1 markah]

(ii) Nyatakan satu keburukan bagi daya yang dinyatakan dalam (a)(i). [1 markah]


(b) Rajah 2 menunjukkan bagaimana jenis permukaan yang berbeza mempengaruhi magnitud daya geseran.

Rajah 2

Permukaan manakah yang mempunyai daya geseran yang paling tinggi? [1 markah]


(c) Rajah 3 menunjukkan sebuah kereta dengan kelajuan yang sangat tinggi.

Rajah 3

(i) Apakah yang berlaku kepada bunga tayar apabila pemandu kereta itu membrek secara mengejut? [1 markah]

(ii) Nyatakan satu kebaikan menggunakan tayar yang mempunyai bunga yang tebal. [1 markah]


(d) Rajah 4 menunjukkan engsel pintu yang berkarat.

Rajah 4

Cadangkan satu cara untuk mengurangkan bunyi yang terhasil apabila pintu itu dibuka. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Daya geseran

(a)(ii)
Tayar basikal/ tapak kasut menjadi haus dengan cepat.

(b)
Kertas pasir

(c)(i)
Bunga tayar menjadi haus

(c)(ii)
Bunga tebal meningkatkan geseran di antara tayar dengan jalan, maka kereta itu tidak terbabas dengan mudah.

(d)
Menyapukan gris atau minyak pada engsel kereta yang berkarat.



Leave a Comment