4.8.7b Percambahan Biji Bernih (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah  di bawah menunjukkan botol, R, S, T dan U diisi dengan biji benih kacang hijau dalam keadaan yang berlainan.



(a) Berikan satu sebab mengapa saiz biji benih dalam botol S membesar dan testanya pecah selepas  24 jam. [1 markah]

(b) Selepas dua hari, biji benih dalam botol R dan botol S bercambah tetapi biji benih dalam botol U tidak bercambah.
Apakah kesan-kesan penggunaan bahan berikut dalam botol U?

(i) Minyak [1 markah]

(ii) Air didih sejuk [1 markah]


(c) Apakah yang harus dilakukan supaya biji benih dalam botol U bercambah? [1 markah]

(d) Mengapakah biji benih dalam botol R bercambah walaupun botol R dibalut dengan kertas hitam tebal? [1 markah]

(e) Habuk gergaji kering dalam botol T digantikan dengan kertas surat khabar lembap.
Didapati biji benih dalam botol T bercambah selepas 2 hari. Mengapa? [1 markah]

(f) Berikan dua cara bagaimana seorang petani menyimpan biji benih sayuran supaya tidak bercambah. [2 markah]


Jawapan:
(a)
Saiz biji benih bertambah kerana ia menyerap air dan mengembang. Hal ini menyebabkan testa pecah.

(b)(i)
Untuk menghalang oksigen daripada memasuki air.

(b)(ii)
Air didih yang disejukkan tidak mempunyai oksigen atau udara terlarut.

(c)
Keluarkan minyak dan letakkan biji benih di tempat yang mengandungi udara, air dan suhu yang sesuai.

(d)
Percambahan biji benih memerlukan air, udara dan suhu yang sesuai.

(e)
Kertas surat khabar lembap juga membekalkan air untuk percambahan.

(f)

  1. Menyimpan di tempat yang sejuk seperti peti sejuk
  2. Menyimpan di tempat yang kering
  3. Menyimpan di dalam bekas vakum.
(mana-mana dua)



Leave a Comment