(a) Rajah 1.1 menunjukkan ekosistem kolam.
Rajah 1.1
(i) Tulis nama bagi satu populasi yang merupakan sebahagian daripada ekosistem kolam ini. [1 markah]
(ii) Nyatakan satu pengeluar. [1 markah]
(iii) Beri satu sebab bagi jawapan dalam (a)(ii). [1 markah]
(b) Rajah 1.2 menunjukkan siratan makanan di dalam suatu ladang kelapa sawit.
Bilangan bagi setiap jenis organisma itu ditunjukkan di dalam kurungan.
Rajah 1.2
Berdasarkan Rajah 1.2:
(i) Bina satu rantai makanan yang terdiri daripada empat organisma dalam habitat ini. [1 markah]
(ii) Lengkapkan pyramid nombor dalam Rajah 1.3 dengan menggunakan rantai makanan yang dibina dalam (b)(i). [2 markah]
Rajah 1.3
Jawapan:
(a)(i)
Ikan/ Katak/ Berudu/ Nyamuk (mana-mana satu)
(a)(ii)
Rumpai air/ Teratai (mana-mana satu)
(a)(iii)
Rumpai air menghasilkan makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
(b)(i)
Pokok kelapa sawit → belalang → katak → ular
Pokok kelapa sawit → ulat beluncas → berung pipit → ular
Pokok kelapa sawit → ulat beluncas → ayam jantan → helang
(mana-mana satu)
(b)(ii)