5.4.3 Pembersihan dan Pembekalan Air (Soalan Subjektif)

Soalan 1:
(a) Rajah di bawah menunjukkan proses rawatan air di loji pembersihan.


(i) Namakan bahagian berlabel W. [1 markah]

(ii) Mengapakah air dari sungai dikumpul dan disimpan di W. [1 markah]

(iii) Mengapakah klorin ditambah ke dalam tangki pengklorinan? [1 markah]

(b) Nyatakan satu kaedah merawat air sungai yang berlumpur untuk kegunaan harian.
Beri sebab bagi kaedah yang dipilih. [2 markah]

(c) Anda diberi segelas air paip. Bagaimanakah anda menentukan ketulenan air itu? [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Empangan/ Takungan

(a)(ii)
Untuk mengenapkan zarah-zarah pepejal

(a)(iii)
Untuk membunuh mikroorganisma dalam air

(b)
Kaedah: Penurasan
Sebab: Kaedah ini menyingkirkan zarah-zarah terampai seperti tanah liat, pasir dan tumbuhan daripada air.

(c)
Dengan menentukan takat didih dan takat beku air itu. Air tulen mempunyai takat didih 100 oC dan takat beku 0 oC.

Leave a Comment