Latihan Sumatif 12 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 12


Soalan 1:


Rajah 1 menunjukkan sistem suria.

(a) nyatakan bilangan planet yang terdapat dalam sistem suria.

(b) nyatakan planet yang paling dekat dan yang paling jauh dari Matahari.

(c) mengapakah Utarid mengelilingi Matahari lebih cepat berbanding dengan Bumi?


Jawapan:
(a) Lapan planet

(b) Planet yang paling dekat dengan Matahari ialah Utarid dan planet yang paling jauh dari Matahari ialah Neptun.

(c) Planet Utarid berada paling dekat dengan Matahari. Semakin dekat sebuah planet dari Matahari, semakin cepat planet itu bergerak.

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan fenomena yang berlaku di Bumi.


(a) Apakah ciri Bumi yang menyebabkan fenomena di atas?

(b) Zuhrah mempunyai arah putaran yang berbeza dengan Bumi. Ramalkan fenomena matahari terbit dan terbenam yang dilihat di Zuhrah.

(c) Ramalkan dua kemungkinan yang akan berlaku jika Bumi berhenti berputar.


Jawapan:
(a) Bumi berputar dari barat ke timur.

(b) Di Zuhrah, Matahari terbit di barat dan terbenam di timur.

(c) Jika Bumi berhenti berputar dengan perlahan

– kejadian waktu siang yang panjang berlaku pada permukaan yang menghadap Matahari dan waktu malam yang panjang berlaku pada permukaan yang membelakangi Matahari.

– bahagian Bumi yang menghadap Matahari akan mengalami musim kering.

Leave a Comment