Latihan Sumatif 12 (Soalan 3 – 5) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 12


Soalan 3:
Suatu bintang berada pada jarak 4.37 tahun cahaya dari Matahari.

(a) Kirakan jaraknya dalam km.

(b) Kirakan jaraknya dalam A.U.


Jawapan:
(a)
Jarak = 4.37 ly

Jarak dalam km
= Jarak dalam ly × 9.5 × 1012 km
= 4.37 × 9.5 × 1012
= 4.15 × 1013 km


(b)


Soalan 4:
Sumber Bumi seperti kayu dan bahan api fosil semakin berkurangan.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah mengitar semula bahan. Reka cipta satu produk baharu menggunakan bahan buangan.

Jawapan:
Jawapan murid. Semua produk boleh diterima jika menggunakan bahan kitar semula.

Soalan 5:
Maklumat di bawah menunjukkan jarak planet P, Q dan R dalam sistem suria dari Matahari.

P: 108.2 juta km
Q: 2 871 juta km
R: 778.3 juta km

(a) Berdasarkan maklumat di atas, planet manakah paling panas dan planet manakah paling sejuk? Berikan sebab.

(b) Planet manakah mengambil masa yang paling panjang untuk mengelilingi Matahari? Berikan sebab.


Jawapan:
(a) Planet paling panas ialah planet P, planet paling sejuk ialah planet Q. Hal ini disebabkan planet P berada paling dekat dengan Matahari manakala planet Q berada paling jauh dari Matahari.

(b) Planet Q. Semakin jauh sebuah planet dari Matahari, semakin banyak masa diperlukan untuk mengelilingi Matahari di dalam satu orbit.

Leave a Comment