Latihan Sumatif 12 (Soalan 6 & 7) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 12


Soalan 6:
(a) Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isi padu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan Bumi. Mengapakah planet ini berkemungkinan tidak mempunyai hidupan seperti Bumi?

(b) Perbualan dua murid di bawah adalah tentang planet Zuhrah dan Utarid.

Aisyah : Utarid berada paling dekat dengan Matahari, maka planet ini merupakan planet paling panas dalam sistem suria.
Pei Lui : Bukan. Zuhrah merupakan planet yang paling panas dalam sistem suria.

Pada pendapat anda, pernyataan siapakah benar? Berikan sebab.


Jawapan:
(a) Zuhrah tidak mempunyai air dan oksigen yang mencukupi untuk hidupan (rujuk jadual 12.2).

(b) Pernyataan Pei Lui benar. Zuhrah merupakan planet yang paling panas dalam Sistem Suria. Hal ini kerana Zuhrah mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya. Hal ini menyebabkan haba yang dipantulkan terperangkap dalam atmosfera dan seterusnya meningkatkan suhu permukaan planet itu.

Soalan 7:


Europa (Rajah 3) ialah satelit semula jadi Musytari yang sangat unik kerana berkemungkinan terdapat air laut di bawah permukaan ais.
Pada pendapat anda, mengapakah ahli sains membuat andaian bahawa terdapat hidupan di Europa?


Jawapan:
Europa berkemungkinan mempunyai hidupan kerana mempunyai air laut yang diperlukan oleh hidupan.

Leave a Comment