Soalan 1:
Terangkan peringkat pergerakan meteoroid apabila memasuki atmosfera Bumi berserta namanya.
Jawapan:
Meteoroid memasuki ke atmosfera Bumi disebabkan oleh daya graviti Bumi yang terkesan ke atasnya apabila bergerak mendekati Bumi. Apabila meteoroid memasuki atmosfera Bumi dan terbakar, meteoroid dikenal sebagai meteor. Jika meteor tidak habis terbakar di ruang atmosfera dan sampai ke permukaan bumi sebagai serpihan batuan, meteor dikenal sebagai meteorit.

Soalan 2:
Bagaimanakah perlanggaran antara asteroid dengan Bumi boleh berlaku? Jelaskan.
Jawapan:
Pelanggaran antara asteroid dengan Bumi boleh berlaku disebabkan terdapat laluan asteroid yang bersilang atau sangat hampir dengan orbit Bumi. Jika pada masa yang sama asteroid dan Bumi berada pada titik persilangan orbit tersebut, maka akan berlaku perlanggaran.

Soalan 3:
Mengapakah ekor komet sentiasa menghala menjauhi Matahari?
Jawapan:
Apabila laluan komet berada berhampiran dengan matahari, suhu panas matahari akan menjadikan sebahagian struktur ais komet berubah menjadi gas yang membentuk bahagian ekor komet. Disebabkan bahagian gas yang mempunyai jisim lebih rendah berbanding bahagian kepala maka bahagian ekor akan sentiasa menjauhi matahari disebabkan graviti matahari yang terkesan pada komet.