Latihan Sumatif 13 (Soalan 1 – 3) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 13


Soalan 1:
Selesaikan teka silang kata di bawah dengan jawapan yang betul.



Melintang
(a) Planet yang dekat dengan jalur asteroid.

(b) Salah satu orbit asteroid yang berada di luar lingkaran asteroid.

(c) Jasad ini berasal daripada serpihan asteroid dan komet.

Menegak
(d) Kebanyakan komet berasal dari lingkaran ini.

(e) Jasad ini juga disebut sebagai planet kecil.

(f) Jasad ini terbina kebanyakannya daripada gas dan air yang membeku menjadi ais.


Jawapan:
(a) Musytari 

(b) Amor 

(c) Meteoroid

(d) Kuiper

(e) Asteroid

(f) Komet

Soalan 2:
Antara meteor dengan meteorit, yang manakah mungkin dapat ditemui di muzium? Berikan satu sebab.

Jawapan:
 Meteorit. Meteorit merupakan batuan yang menghentam permukaan Bumi. Meteor pula tidak akan sampai ke Bumi kerana telah habis terbakar sebelum sampai.

Soalan 3:
Nicol ternampak satu pancuran cahaya yang melintasi langit ketika sedang melihat bintang. Pancuran cahaya tersebut kemudiannya hilang. Apakah objek yang Nicol lihat? Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
Meteor. Pancuran meteor berlaku apabila meteor memasuki Bumi dengan banyak pada satu masa.

Leave a Comment