Latihan Sumatif 13 (Soalan 4 & 5) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 13


Soalan 4:
Antara jasad lain yang berada dalam sistem suria ialah asteroid.

(a) Ramalkan kesan yang akan berlaku kepada kehidupan di Bumi jika satu asteroid yang bersaiz besar memasuki atmosfera Bumi.

(b) Apakah cara untuk mengelakkan asteroid yang bersaiz besar memasuki Bumi? Terangkan.

(c) Salah satu teori kepupusan dinosaur ialah akibat daripada hentaman asteroid yang bersaiz besar pada 65 juta tahun yang lalu.

(i) Bagaimanakah asteroid menyebabkan kematian dinosaur?

(ii) Terdapat saintis yang tidak bersetuju tentang teori ini kerana penemuan bukti yang mengatakan bahawa terdapat beberapa spesies dinosaur yang telah pupus 20 juta tahun sebelum berlaku perlanggaran asteroid tersebut. Wajarkan pandangan saintis tersebut.


Jawapan:
(a)
Jika asteroid bersaiz besar, iaitu kurang daripada 10 km yang memasuki ruang atmosfera, spesies hidupan akan musnah di kawasan jatuhan dan sekitarnya seluas ratusan kilometer. Tetapi jika asteroid bersaiz lebih daripada puluhan kilometer, maka keseluruhan spesies di Bumi akan pupus seperti yang berlaku pada zaman kepupusan Dinosaur.


(b)(i)
Mengubah laluan asteroid berkenaan atau memecahkannya menjadi batuan yang lebih kecil.

(b)(ii)
Kapal angkasa boleh digunakan untuk memasang bahan letupan atau menembak dengan bom yang mempunyai kuasa letupan yang kuat pada asteroid berkenaan sebelum menghampiri Bumi.


(c)(i)
Hentaman asteroid pada 65 juta tahun dahulu telah memusnahkan hidupan dan menyebabkan perubahan suhu iaitu suhu di suatu kawasan menurun dengan teruk dan suatu kawasan yang lain meningkat secara mendadak lalu menyebabkan kematian dinosaur.

(c)(ii)
Wajar. Hal ini demikian kerana setiap saintis mempunyai pandangan dan teori sendiri tentang perkara yang berlaku pada masa berjuta tahun dahulu dan jika terdapat tanda-tanda dan bukti, sesuatu teori itu boleh dipertikaikan dan saintis boleh mengkaji semula.

Soalan 5:
Pada pendapat anda, bolehkah sebuah asteroid menjadi sebuah planet dalam tempoh 100 juta tahun lagi? Mengapa?

Jawapan:
Boleh. Hal ini demikian kerana, terdapat asteroid yang mempunyai tarikan graviti sendiri dan ada yang tidak. Bagi asteroid yang mempunyai tarikan graviti yang tersendiri, jisimnya berkeupayaan untuk terus berkembang dan menarik asteroid lain berdekatannya dan bergabung. Apabila asteroid mencapai saiz yang terlalu besar, asteroid boleh menjadi sebuah planet.

Leave a Comment