Latihan Sumatif 13 (Soalan 6 – 8) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 13


Soalan 6:
Mengapakah meteor lebih berbahaya kepada angkasawan yang berada di angkasa berbanding manusia di Bumi? Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
Saiz meteor di angkasa lebih besar dan kelajuannya juga lebih laju. Saiz dan kelajuannya berkurang kerana geseran yang berlaku dengan atmosfera apabila sampai ke Bumi. Oleh itu, kesan perlanggaran lebih teruk di angkasa berbanding perlanggaran di Bumi.

Soalan 7:
Beberapa orang angkasawan ingin ke planet Zuhal dengan menaiki kapal angkasa. Mereka mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan risiko berlaku perlanggaran dengan asteroid. Pada pendapat anda, di manakah perlanggaran tersebut akan berlaku?

Jawapan:
Pada pendapat saya, perlanggaran boleh berlaku selepas melalui planet Marikh dan sebelum sampai ke planet Musytari. Hal ini demikian kerana, terdapat lingkaran asteroid di kawasan tersebut dan boleh menyebabkan perlanggaran.

Soalan 8:
Pada pendapat anda, adakah Bumi akan terkeluar dari orbitnya jika dilanggar oleh ketulan asteroid yang sangat besar? Mengapa?

Jawapan:
Ya, jika berlaku perlanggaran dengan objek yang besar, putaran Bumi pada paksinya akan berubah. Apabila kelajuan putaran terganggu, daya tarikan graviti matahari dan planet yang berdekatan akan mempengaruhi Bumi dan menarik Bumi ke arahnya. Fenomena ini boleh menyebabkan Bumi terkeluar dari orbitnya.

Leave a Comment