Latihan Sumatif 11 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 11


Soalan 1:


Rajah 1 menunjukkan objek yang terdapat dalam sebuah galaksi.

(a) Namakan objek tersebut.

(b) Berapakah julat suhu kepanasan permukaan objek tersebut?

(c) Objek tersebut mempunyai cahayanya yang tersendiri. Bagaimanakah hal ini boleh berlaku?


Jawapan:
(a) Bintang

(b) 6 000 K hingga 7 500 K

(c) Apabila suhu dan tekanan dalam teras menjadi terlalu tinggi, tindak balas nuklear akan berlaku. Gas hidrogen ditukarkan kepada helium. Banyak tenaga haba dan cahaya dibebaskan.

Soalan 2:
Matahari ialah sebuah bintang, bukannya sebuah planet.

(a) Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan anda.

(b) Mengapakah Matahari kelihatan lebih besar dan lebih cerah berbanding dengan bintang lain dalam alam semesta?


Jawapan:
(a) Ya. Matahari mengeluarkan cahayanya sendiri.

(b) Matahari merupakan bintang yang paling dekat dengan Bumi.

Leave a Comment