Latihan Sumatif 11 (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 11


Soalan 3:
Sekumpulan angkasawan ingin menjalankan misi untuk pergi ke galaksi Andromeda yang berada berdekatan dengan galaksi Bima Sakti dengan menaiki kapal angkasa. Pada pandangan anda, bolehkah misi tersebut berjaya? Jelaskan.


Jawapan:
Pada pandangan saya, misi tersebut tidak akan berjaya kerana jarak diameter satu galaksi seperti Bima Sakti boleh mencapai ratusan tahun cahaya dan ditambah dengan jarak antara galaksi Bima Sakti dan Galaksi Andromeda juga mencapai ribuan tahun cahaya. Jadi, disebabkan faktor umur manusia yang hanya boleh mencapai sekitar seratus tahun, maka seseorang angkasawan tidak akan mampu untuk terus hidup dan sampai ke Galaksi Andromeda.

(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 4:
Jika seorang ahli astronomi ingin mencipta sebuah kenderaan yang mampu pergi ke Matahari, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada kenderaan itu untuk membolehkannya membawa angkasawan?


Jawapan:
(i) Kapal angkasa yang direka perlu menggunakan bahan yang boleh tahan haba, iaitu melebihi 10 000 K.

(ii) Bahan tersebut perlu memantulkan haba disebabkan suhu di dalam kapal angkasa tersebut tidak boleh terlalu tinggi kerana badan manusia tidak mampu menahan suhu yang tinggi.

(iii) Kenderaan tersebut perlulah mempunyai kelajuan yang tinggi kerana faktor umur manusia dan jarak perjalanan yang jauh.

Leave a Comment