Praktis Formatif 4.3 – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Terangkan fasa-fasa dalam kitar haid.

Jawapan:
(i) Fasa haid (Hari 1 – 5) Lapisan dinding uterus, salur darah dan ovum yang tidak tersenyawa terluluh dan disingkirkan apabila haid bermula.

(ii) Fasa pemulihan (Hari 6 – 11) Dinding uterus mula dibina semula dan menebal. Salur darah di dalam dinding uterus mula terbentuk untuk bersedia menerima penempelan sel yang telah disenyawakan.

(iii) Fasa subur (Hari 12 – 17) Ovum dibebaskan dari ovari pada hari ke-14 kitar haid. Dinding uterus dan salur darah terus berkembang. Persenyawaan mungkin berlaku dalam fasa ini.

(iv) Fasa prahaid (Hari 18 – 28) Dinding uterus terus menebal dan kaya dengan salur darah. Jika berlaku persenyawaan, penempelan embrio akan terjadi di dinding uterus. Jika persenyawaan tidak berlaku, kitar haid akan berulang semula.

Soalan 2:
Pada umur berapakah seseorang wanita akan mula didatangi haid dan berapa lamakah tempoh haid berlaku?

Jawapan:
Haid wanita bermula antara umur 10-12 tahun, selama 5-7 hari.

Soalan 3:
Apakah pengovulan dan di manakah biasanya pengovulan berlaku?

Jawapan:
Pengovulan ialah proses pelepasan ovum yang telah matang dari ovari dan berlaku di ovari.

Soalan 4:
Adakah benar bahawa anda tidak boleh membasuh rambut, meminum air sejuk dan memakan aiskrim atau bersukan semasa haid? Jelaskan jawapan anda

Jawapan:
Tidak benar. Wanita yang didatangi haid boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Leave a Comment