Soalan 3:
Rajah 2 menunjukkan peratusan karbon dioksida dalam atmosfera pada suatu jangka masa.

(a) Aktiviti pembalakan yang dijalankan oleh manusia menyebabkan peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera. Bagaimanakah aktiviti tersebut boleh menyebabkan peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera? Terangkan.
(b) Selain aktiviti pembalakan, berikan satu contoh aktiviti yang menyumbang kepada peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera.
(c) Nyatakan dua kesan buruk yang boleh berlaku jika aras karbon dioksida dalam atmosfera semakin meningkat.
Jawapan:
(a) Tumbuhan hijau merupakan satu satunya hidupan yang dapat menyerap dan mengurangkan karbon dioksida dalam atmosfera melalui proses fotosintesis. Apabila banyak pokok ditebang, karbon dioksida yang dibebaskan oleh proses respirasi, pembakaran dan penguraian akan menambahkan peratus kandungan karbon dioksida dalam atmosfera.
(b) Pembakaran bahan api fosil / pembakaran hutan
(c) Kesan rumah hijau dan pemanasan global

Soalan 4:
Ammar terlihat satu kebakaran di sebuah bengkel kereta semasa perjalanan pulang dari sekolah. Menurut orang awam, kejadian tersebut berpunca daripada litar pintas.
(a) Apakah maksud pembakaran?
(b) Berikan syarat-syarat pembakaran.
(c) Berdasarkan situasi di atas,
(i) bagaimanakah kebakaran tersebut dapat dielakkan?
(ii) apakah jenis alat pemadam api yang sesuai digunakan?
(d) Nyatakan tiga langkah keselamatan yang patut diamalkan oleh pemilik bengkel tersebut untuk mengelakkan kebakaran.
Jawapan:
(a) Pembakaran ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan bertindak balas dengan oksigen secara kimia dan membebaskan tenaga haba dan cahaya.
(b) Haba, oksigen dan bahan api.
(c)(i) Memastikan pendawaian elektrik mengikut spesifikasi yang betul.
(c)(ii) Menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering.
(d)(i) Memasang alat pengesan asap dan penggera kebakaran di rumah
(d)(ii) Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu sumber elektrik
(d)(iii) Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan