Praktis Sumatif 7 (Soalan 5 & 6) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 7


Soalan 5:
Rajah 3 menunjukkan suatu situasi yang berlaku di Kuala Lumpur.


(a) Apakah masalah alam sekitar yang ditunjukkan dalam Rajah 3?

(b) Nyatakan dua kesan masalah yang anda nyatakan di 5(a) terhadap kesihatan manusia.

(c) Kadar kemalangan jalan raya meningkat semasa situasi ini berlaku. Mengapa?


Jawapan:
(a) Jerebu

(b) Menyebabkan kesesakan nafas dan batuk.

(c) Jarak penglihatan menjadi terhad

Soalan 6:
Kandungan oksigen di dalam gua kebiasaannya semakin rendah apabila kita semakin jauh berjalan ke dalam gua.


(a) Senaraikan beberapa sebab kandungan oksigen semakin rendah di dalam gua.


(b) Jika kita ingin memasuki gua yang dalam, kita digalakkan untuk membawa obor api selain lampu suluh sebagai penunjuk kehadiran oksigen. Apakah kelebihan menggunakan obor di dalam gua?

(c) Adakah idea membawa obor itu merupakan idea yang bagus?

(d) Cadangkan satu cara untuk mengesan kandungan oksigen dengan lebih selamat. Berikan satu sebab bagi cadangan anda.


Jawapan:
(a) Disebabkan proses semula jadi seperti pereputan organisma di dalam gua seperti kelawar yang telah mati dan pernafasan kelawar dan haiwan-haiwan lain di dalam gua. Proses ini mengurangkan kandungan oksigen di dalam gua.


(b) Obor akan terpadam apabila aras oksigen terlalu rendah. Oleh itu, penggunaan obor dapat memberi amaran kepada kita supaya tidak meneruskan perjalanan kerana kita sudah memasuki kawasan yang rendah oksigen.


(c) Tidak kerana kita tidak mengetahui aras sebenar oksigen. Selain itu, penggunaan obor juga hanya akan menambahkan lagi karbon dioksida di dalam gua.


(d) Menggunakan sensor oksigen kerana kita dapat mengetahui aras oksigen yang lebih tepat dan dapat membuat tindakan yang lebih awal. 

Leave a Comment