Praktis Sumatif 9 (Soalan 7 – 9) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 9


Soalan 7:
Pakcik Yatim merupakan seorang petani. Anak Pakcik Yatim selalu menasihatinya supaya tidak menyembur racun perosak secara berlebihan. Mengapa?


Jawapan:
Racun perosak yang disembur akan meresap ke dalam tanah dan mencemari air bawah tanah. Racun itu juga akan mencemari air sungai yang merupakan sumber air untuk manusia dan haiwan.

Soalan 8:
Pernyataan di bawah menunjukkan suatu aktiviti manusia.


Pada pendapat anda, apakah kesan negatif yang mungkin timbul akibat penebangan hutan bakau?


Jawapan:
Hutan bakau berfungsi menapis air sungai sebelum mengalir masuk ke dalam laut. Jika hutan itu ditebang, air sungai dengan kandungan lumpur dan kekotoran akan mencemari laut. Hutan bakau juga merupakan zon pemampan untuk menghalang ombak tinggi dan air laut daripada menghakis pantai dan merosakkan harta-benda. Penebangan hutan bakau akan seterusnya memusnahkan habitat bakau dan menggangu kitar kehidupan di dalamnya. 

Soalan 9:
Pernyataan di bawah merujuk kepada salah satu ciri di permukaan Bumi.


Pada pendapat anda, adakah pernyataan ini benar? Bincangkan.


Jawapan:
Betul. Air bergerak dari satu tempat ke tempat lain mengikut kitar air. Pencairan glasier pada musim panas dan hujan yang turun di puncak gunung mengalir turun melalui sungai dan menuju ke lautan. Air laut membentuk wap air melalui penyejatan dan naik ke langit. Wap air seterusnya membentuk awan dan turun sebagai air hujan dan proses berulang semula. Oleh itu, taburan air di Bumi adalah sentiasa tetap.

Leave a Comment