Latihan Formatif 1.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Apakah maksud biodiversiti?

Jawapan:
Kepelbagaian organisma, sama ada haiwan, tumbuhan atau mikroorganisma.


Soalan 2:
Bagaimanakah biodiversiti dapat menjana ekonomi?

Jawapan:
Biodiversiti menyediakan bahan mentah seperti kayu balak, kelapa sawit dan getah, tumbuhan herba untuk pembuatan ubat-ubatan dan kosmetik serta tempat rekreasi.


Soalan 3:
Apakah maksud spesies endemik? Berikan dua kaedah untuk memelihara dan memulihara spesies endemik.

Jawapan:
Maksud: spesies asli atau khusus yang ditemui pada satu kawasan tertentu sahaja.

Kaedah: Menanam semula pokok dan memperketatkan undang-undang.

(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)


Soalan 4:
Berikan beberapa contoh spesies yang terancam di Malaysia.

Jawapan:
Orang utan// harimau Malaya// landak// pelanduk// burung enggang// bunga pakma// periuk kera.

(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Leave a Comment