Aktiviti 7.6 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 7


Aktiviti 7.6:
Tujuan:
Mengukur arus dan voltan menggunakan alat pengukuran yang sesuai.

Radas:
Ammeter, voltmeter, dawai penyambung, suis, sel kering, klip buaya, mentol dan pemegang sel

(A) Mengukur arus menggunakan ammeter


Arahan
1. Sambungkan litar seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 7.8 menggunakan satu sel kering.

2. Hidupkan suis dan catatkan bacaan ammeter. Perhatikan kecerahan mentol.

3. Rekodkan pemerhatian anda.

4. Ulang langkah 1 hingga 3 menggunakan dua sel kering.


(B) Mengukur voltan menggunakan voltmeter


Langkah Berjaga-jaga
Voltmeter perlu disambungkan secara selari dengan mentol supaya dapat mengukur voltan.

Arahan
1. Sambungkan litar seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 7.9 menggunakan satu sel kering.

2. Hidupkan suis dan catatkan bacaan voltmeter. Perhatikan kecerahan mentol.

3. Rekodkan pemerhatian anda.

4. Ulang langkah 1 hingga 3 menggunakan dua sel kering.


Pemerhatian


Soalan
1. Apakah hubungan antara arus elektrik dengan penambahan bilangan sel kering?

2. Apakah hubungan antara voltan dengan penambahan sel kering?

3. Berikan satu inferens bagi kecerahan mentol dalam Aktiviti A.

4. Apakah hubungan antara voltan, arus elektrik dengan kecerahan mentol?


Jawapan:
1. Apabila bilangan sel kering bertambah, arus akan bertambah.

2. Apabila bilangan sel kering bertambah, voltan akan bertambah.

3. Kecerahan nyalaan mentol meningkat kerana voltan dalam litar meningkat.

4. Apabila voltan bertambah, arus elektrik bertambah dan kecerahan mentol bertambah.

Leave a Comment