Latihan Sumatif 10 (Soalan 5 – 8) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 10


Soalan 5:


Rajah 3 menunjukkan gelombang ultrabunyi digunakan untuk mengimbas keadaan fetus di dalam kandungan.

(a) Terangkan cara gelombang ultrabunyi boleh digunakan untuk menghasilkan imej fetus dalam kandungan.

(b) Berikan dua kelebihan menggunakan ultrabunyi berbanding sinar-X.

(c) Berikan dua kegunaan lain gelombang ultrabunyi.

Jawapan:
(a)
– Gelombang ultrabunyi dipancarkan oleh prob pengimbas yang digerakkan di atas perut ibu mengandung.

– Gelombang ultrabunyi tersebut dipantul apabila terkena pada fetus dalam kandungan.

– Maklumat daripada pantulan akan ditunjukkan sebagai imej pada skrin monitor.


(b)
Kelebihan ultrabunyi:
– Tidak membahayakan fetus dalam kandungan.

– Boleh dilakukan lebih kerap atau berulang-ulang.

– Tidak menyakitkan

– Tidak menggunakan radiasi

– Keputusan diperoleh serta-merta



(c)
– Menentukan kedalaman laut.

– Menentukan kedudukan kumpulan ikan di dalam laut.

– Mengesan keretakan bahagian dalam enjin

– Membersihkan barang perhiasan

(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 6:
Apakah perubahan bunyi yang dapat diperhatikan jika:
(a) tali gitar diketatkan?
(b) tali gitar dipetik lebih kuat?


Jawapan:
(a) Kelangsingan bertambah kerana tali gitar yang ketat menghasilkan frekuensi getaran yang lebih tinggi.

(b) Kekuatan bunyi bertambah kerana amplitud getaran lebih besar.

Soalan 7:
Anda ditugaskan untuk mereka bentuk sebuah studio rakaman. Terangkan pengubahsuaian studio yang perlu anda lakukan supaya bunyi rakaman yang berkualiti dapat dihasilkan.

Jawapan:
 – Memasang lapisan penyerap bunyi daripada bahan yang lembut untuk mengurangkan pantulan bunyi yang kuat.

– Lapisan penyerap bunyi daripada bahan seperti span, kusyen dan kayu lembut untuk mengurangkan kesan pantulan gelombang bunyi.

(Mana-mana jawapan lain yang boleh diterima)

Soalan 8:
Para angkasawan di angkasa lepas bergantung pada komunikator gelombang radio untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Cadangkan dan jelaskan satu cara lain untuk angkawasan berkomunikasi di angkasa lepas.

Jawapan:
Menggunakan isyarat frekuensi tinggi seperti laser yang beroperasi pada frekuensi cahaya. Imaklumat dalam bentuk digital akan diubah kepada analog dan dapat dikesan oleh penerima melalui hantaran oleh cahaya laser.

Leave a Comment