Latihan Formatif 11.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 11


Soalan 1:
Apakah maksud galaksi?

Jawapan:
Galaksi ialah satu himpunan jutaan bintang bersama gas, debu dan habuk.

Soalan 2:
Huraikan proses pembentukan bintang.

Jawapan:
Kelahiran atau pembentukan bintang berlaku dipercayai melalui hipotesis nebula:

i. Awan nebula yang mengandungi gas dan debu mula memadat disebabkan graviti yang bertindak ke atasnya.

ii. Graviti yang semakin kuat menyebabkan gas dan debu memadat di bahagian tengah dan mula berputar

iii. Semakin lama, gumpalan semakin besar, padat dan graviti semakin kuat. Putaran juga semakin laju

iv. Nebula mula mengecut dan membentuk teras yang panas dan berketumpatan tinggi

v. Teras yang panas mengeluarkan haba dan cahayanya akibat tindak balas nukleus lalu membentuk bintang

Soalan 3:
Ramalkan kesan yang mungkin terjadi kepada sistem suria apabila tiba masanya kematian Matahari.

Jawapan:
(a) Suhu Bumi akan menjadi sangat rendah kerana tiada haba dari Matahari

(b) Tiada kejadian siang dan malam kerana Bumi tidak mempunyai sumber cahaya

(c) Hidupan di Bumi akan mati kerana suhu yang terlalu rendah

Soalan 4:
Apakah ciri-ciri yang digunakan untuk mengelaskan bintang?

Jawapan:
Saiz, warna, suhu, kecerahan dan jarak dari Bumi

Soalan 5:
Bagaimanakah suhu sesuatu bintang dapat ditentukan berdasarkan pemerhatian di Bumi?

Jawapan:
Julat suhu bintang ditentukan melalui warna bintang yang dilihat dari Bumi menggunakan teleskop

Leave a Comment