Latihan Formatif 12.1 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 12


Soalan 1:
Mengapakah A.U. dan ly digunakan untuk menentukan jarak planet dari Matahari dalam sistem suria?

Jawapan:
A.U. dan ly digunakan kerana jarak planet dalam sistem suria terlalu jauh dan mencapai sehingga jutaan kilometer.
Oleh itu, unit relatif seperti A.U. dan ly digunakan supaya angka kiraan jarak tidak terlalu besar dalam penentuan jarak antara planet tersebut.


Soalan 2:
Planet manakah yang paling dekat dengan Matahari?

Jawapan:
Planet Utarid

Soalan 3:
Apakah hubungan antara suhu permukaan planet dengan jarak dari Matahari?

Jawapan:
Semakin jauh jarak antara planet dengan Matahari, semakin rendah suhu permukaannya. Semakin dekat jarak planet dengan Matahari, semakin tinggi suhu permukaannya.

Leave a Comment