Praktis Sumatif 1 (Soalan 5 & 6) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 1


Soalan 5:
Rajah 3 menunjukkan struktur kulit manusia.



(a) Label X dan Y pada Rajah 3.

(b) Jelaskan mengapa hujung jari dan bukan tapak tangan digunakan untuk mengesan simbol Braille.

(c) Mazlan mengelaskan lidah sebagai kulit yang mempunyai reseptor rasa.
Adakah anda setuju dengan pengelasan lidah sebagai kulit? Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
(a)
X: Reseptor sentuhan

Y: Reseptor sakit

(b) Hujung jari lebih peka terhadap rangsangan sentuhan berbanding tapak tangan. Hujung jari mempunyai lapisan epidermis yang lebih nipis dan taburan reseptor sentuhan yang lebih padat berbanding dengan tapak tangan.

(c) Setuju. Lidah merupakan organ deria yang mempunyai reseptor yang dikenali sebagai tunas rasa di permukaan lidah yang dilindungi oleh epidermis kulit.

Soalan 6:
(a) Apakah kepentingan deria bau kepada kita apabila berada di dalam makmal sains? Berikan satu contoh.

(b) Mengapakah anjing dalam unit polis dapat dilatih untuk mengesan kehadiran dadah yang tersimpan di dalam beg?


Jawapan:
(a) Deria bau dapat membantu kita dalam mengesan bahaya yang mungkin berlaku di dalam makmal sains. Contohnya, kita dapat mengesan kehadiran gas yang berbahaya seperti klorin dan ammonia melalui bau.

(b) Anjing mempunyai deria bau yang sangat peka kerana mempunyai sel deria bau yang lebih banyak daripada manusia dan kebolehan menganalisa bau yang lebih cekap daripada manusia.

Leave a Comment