Praktis Formatif 2.2 – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Apakah faktor yang menentukan kadar pertukaran gas oksigen di dalam alveolus dan kapilari darah?

Jawapan:
Perbezaan kepekatan gas oksigen di dalam alveolus dan kapilari darah.


Soalan 2:
Huraikan keadaan bagi proses yang berikut:
(a) Hemoglobin ditukar menjadi oksihemoglobin.
(b) Oksihemoglobin diurai menjadi hemoglobin.

Jawapan:
(a) Dalam keadaan kepekatan oksigen yang tinggi, hemoglobin akan bergabung dengan oksigen secara kimia untuk membentuk sebatian oksihemoglobin yang tidak stabil.

(b) Dalam keadaan kepekatan oksigen yang rendah, oksihemoglobin akan terurai untuk membentuk hemoglobin dan oksigen.


Soalan 3:
Tuliskan persamaan kimia yang memerihalkan respirasi sel.

Jawapan:
Glukosa + oksigen → karbon dioksida + air + tenaga.


Soalan 4:
Apakah yang terjadi kepada kecekapan pertukaran gas oksigen di dalam badan manusia pada altitud yang tinggi? Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
Kecekapan pertukaran gas oksigen di dalam badan manusia pada altitud yang tinggi akan berkurang.
Kepekatan gas oksigen dalam udara pada altitud yang tinggi adalah rendah.
Oleh itu, kadar resapan gas oksigen dari alveolus ke dalam kapilari darah turut berkurang.


Soalan 5:
Nyatakan empat adaptasi yang mempengaruhi kecekapan alveolus bagi memaksimumkan pertukaran gas di dalam badan.

Jawapan:
– Ketebalan dinding alveolus dan kapilari darah setebal satu sel

– Kelembapan dinding alveolus tinggi

– Luas permukaan alveolus yang besar

– Jaringan kapilari yang padat meliputi alveolus

Leave a Comment