Praktis Sumatif 2 (Soalan 11 & 12) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 2


Soalan 11:
(a) Gas X memudaratkan sistem respirasi manusia. Gas X akan meresap ke dalam kereta yang tidak bergerak dengan pendingin hawanya terpasang, tingkapnya tertutup dan enjinnya dihidupkan. Namakan gas X.

(b) Terangkan kesan gas tersebut dalam situasi di 11(a).


Jawapan:
(a) Karbon monoksida

(b) Apabila udara di dalam kereta yang mengandungi karbon monoksida disedut, karbon monoksida bergabung dengan hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin. Karboksihemoglobin ialah sebatian yang stabil dan tidak terurai untuk membebaskan oksigen dalam sel badan. Oleh itu, seseorang yang berada di dalam kereta tersebut tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi dan boleh membawa maut.

Soalan 12:
Perubahan isi padu udara dalam peparu bagi pelari X dan Y adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 (a) dan 3 (b).



(a) Nyatakan isi padu udara maksimum dalam peparu pelari yang berikut semasa berjalan.
(i) Pelari X
(ii) Pelari Y


(b) Nyatakan isi padu udara maksimum dalam peparu pelari yang berikut:
(i) Pelari X
(ii) Pelari Y

(c) Daripada graf dalam Rajah 3 (a) dan 3 (b), nyatakan hubung kait antara jenis aktiviti yang dilakukan dengan isi padu peparu maksimum bagi pelari yang berkenaan. Terangkan.


(d) Jika seorang daripada pelari X dan Y merupakan perokok, yang manakah perokok itu? Terangkan.

(e) Bagaimanakah penambahan isi padu peparu maksimum mempengaruhi kadar respirasi? Terangkan. 


Jawapan:
(a)(i) 3 dm3

(a)(ii) 2.5 dm3

(b)(i) 4 dm3

(b)(ii) 3 dm3


(c) Semakin aktif aktiviti yang dilakukan, semakin besar isi padu peparu maksimum. Daripada graf pada Rajah 3(a) dan 3(b), isi padu udara dalam peparu pelari X dan Y bertambah apabila mereka melakukan aktiviti yang lebih aktif seperti berlari


(d) Pelari Y. Asap rokok yang merosakkan alveolus akan mengurangkan isi padu udara maksimum dalam peparu manusia. Oleh sebab isi padu udara maksimum dalam peparu pelari Y adalah lebih rendah, maka pelari Y adalah seorang perokok.

(e) Penambahan isi padu peparu maksimum menambahkan kadar respirasi kerana kadar pertukaran gas dalam peparu dipertingkatkan.

Leave a Comment