Praktis Sumatif 3 (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 3


Soalan 3:
Rajah 1 menunjukkan tiga jenis salur darah dalam badan manusia.



(a) Nyatakan struktur dalam salur darah P yang tidak ditunjukkan dalam Rajah 1.

(b) Nyatakan fungsi salur darah Q.

(c) Terangkan adaptasi dalam struktur salur darah yang berikut:
(i) Salur darah Q
(ii) Salur darah R


Jawapan:
(a) Injap

(b) Mengangkut darah beroksigen

(c)(i) Salur darah Q berdinding tebal untuk menahan tekanan darah yang tinggi.

(c)(ii) Salur darah R berdinding setebal satu sel untuk memudahkan pertukaran bahan antara darah dan sel badan melalui resapan.

Soalan 4:
(a) Nyatakan lima bahan yang diangkut dalam badan manusia.

(b) Nyatakan tiga bahan yang meresap melalui membran atau dinding sel tumbuhan dan diangkut dalam tumbuhan.

(c) Mengapakah sel tumbuhan tidak memerlukan bekalan oksigen dari luar pada waktu siang?


Jawapan:
(a) Oksigen, karbon dioksida, air, makanan tercerna, bahan kumuh

(b) Oksigen, karbon dioksida, air

(c) Pada waktu siang, sel tumbuhan menjalankan fotosintesis dan menghasilkan oksigen. Oleh itu, sel tumbuhan tidak memerlukan bekalan oksigen, iaitu pengangkutan oksigen dari luar ke sel tidak diperlukan.

Leave a Comment