Praktis Sumatif 4 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Berikut adalah antara mineral yang dapat ditemukan dalam kerak Bumi.



(a) Kelaskan mineral di atas kepada dua kumpulan, iaitu unsur dan sebatian.


(b) Berikan satu contoh bijih logam dan namakan unsur yang bergabung dalam bijih logam tersebut.


Jawapan:
(a)
Unsur : Ferum, Perak, Kalium, Timah, Berlian

Sebatian : Kuarza, Bauksit, Galena, Hematit, Kapur

(b) Bauksit, aluminium dan oksigen

Soalan 2:
Rajah 1 menunjukkan bijih timah.


(a) Apakah nama saintifik bagi bijih timah?

(b) Nyatakan bahan yang digunakan untuk mengekstrak timah daripada bijih timah.

(c) Tuliskan persamaan perkataan bagi tindak balas antara timah dengan oksigen.


Jawapan:
(a) Stanum(IV) oksida

(b) Karbon

(c) Stanum + oksigen → Stanum(IV) oksida

Leave a Comment