Praktis Sumatif 4 (Soalan 3 – 5) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 4


Soalan 3:
 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul tentang mineral dalam kerak Bumi.

(a) Bilangan mineral dalam kerak Bumi adalah sama dengan bilangan unsur. (    )

(b) Bijih aluminium ialah satu mineral sebatian dalam kerak Bumi. (    )

(c) Kalsium oksida yang digunakan untuk mengurangkan keasidan tanah adalah bersifat bes. (    )

(d) Karbon digunakan untuk membentuk bijih logam. (    )


Jawapan:
(a)
(b)

Soalan 4:
(a) Nyatakan bahan yang bertindak balas dengan logam dan digunakan untuk menentukan kedudukan logam tersebut dalam siri kereaktifan logam.

(b) Kalium dan natrium disimpan di dalam botol reagen gelap berisi minyak parafin.
Jelaskan mengapa.


Jawapan:
(a) Oksigen

(b) Kalium dan natrium adalah logam yang sangat reaktif. Parafin menghalang kalium dan natrium bertindak balas dengan oksigen dan wap air di udara.

Soalan 5:
Rajah 2 menunjukkan susunan radas suatu aktiviti untuk mengkaji tindak balas bagi suatu logam terhadap gas X.



(a) Namakan gas X.

(b) Apakah fungsi kalium manganat(VII) dalam aktiviti ini?

(c) Terangkan langkah bagi prosedur pemanasan yang betul dalam aktiviti ini.

(d) Berikan tujuan aktiviti ini.


Jawapan:
(a) Oksigen

(b) Untuk membekalkan oksigen bagi tindak balas tersebut

(c) Panaskan serbuk logam sehingga berbara sebelum memanaskan kalium manganat(VII) untuk membekalkan oksigen bagi tindak balas yang berkenaan

(d) Membina siri kereaktifan logam

Leave a Comment