Aktiviti 6.2:
Membina sebuah generator ringkas yang dapat menyalakan dengan menggunakan magnet dan gegelung dawai
Bahan
Dawai kuprum bersalut PVC, pita selofan, wayar penyambung dengan klip buaya dan LED
Radas
Angker dengan gandar, dua magnet magnadur, kepingan kayu (tapak) dan pemegang magnet berbentuk-C
Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Bina sebuah generator arus terus (a.t.) yang ringkas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.7.
3. Pastikan gandar berkeadaan pegun. Perhati dan catatkan sama ada LED menyala atau tidak.
4. Putarkan gandar. Kemudian, perhati dan catatkan sama ada LED menyala atau tidak.
5. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda.
Pemerhatian
Soalan
1. Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul tentang pemotongan garis medan magnet di bawah ini.
2. Bagaimanakah arus aruhan dapat dikesan dalam aktiviti ini?
3. Bagaimanakah arus aruhan dihasilkan oleh generator a.t.?
4. Nyatakan dua bentuk tenaga selain tenaga elektrik yang dihasilkan dalam aktiviti ini.
5. Nyatakan dua kelebihan LED sebagai alat pencahayaan berbanding dengan mentol yang mempunyai filamen.
Jawapan:
1. (b) √ (c) √
2. Arus aruhan dikesan berdasarkan kepada nyalaan LED. Arus aruhan dihasilkan dan mengalir melalui LED. Maka LED menyala.
3. Arus akan teraruh hanya apabila garis medan magnet dipotong.
4. Tenaga bunyi, tenaga haba, tenaga cahaya.
5.
– LED lebih tahan lama dan tidak mudah terbakar
– LED akan bernyala apabila arus elektrik mengalir melaluinya berbanding dengan mentol berfilamen yang hanya akan bernyala apabila filamennya menjadi cukup panas.