Praktis Sumatif 6 (Soalan 5 & 6) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 6


Soalan 5:
Rajah 3 menunjukkan sejenis transformer.



(a) Namakan jenis transformer yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

(b) Jelaskan jawapan anda di soalan 5(a).

(c) Mengapakah teras besi berlamina digunakan dalam transformer?

(d) Jika bilangan lilitan dalam gegelung primer ialah 100 dan bilangan lilitan dalam gegelung sekunder ialah 20, hitungkan voltan sekunder jika voltan primer ialah 10 V.


Jawapan:
(a) Transformer injak turun

(b) Bilangan lilitan dalam gegelung primer adalah lebih banyak daripada bilangan lilitan dalam gegelung sekunder.

(c) Untuk mengurangkan arus pusar dan meningkatkan kecekapan transformer


(d)


Soalan 6:
(a) Namakan komponen keselamatan dalam sistem pendawaian elektrik di rumah yang dibekalkan oleh TNB, SEB atau SESB.

(b) Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara fius dengan Miniature Circuit Breaker (MCB).

(i) Persamaan:
(ii) Perbezaan:

(c) Berapakah nilai fius yang sesuai bagi sebuah pengering rambut yang berlabel 700 W, 240 V? Terangkan jawapan anda.


Jawapan:
(a) Fius utama

(b)(i) Fius dan MCB berfungsi sebagai alat keselamatan yang melindungi peralatan daripada sebarang aliran arus yang berlebihan.


(b)(ii) Apabila arus yang mengalir melalui fius melebihi nilai fius, fius akan melebur dan tidak boleh digunakan semula tanpa menggantikan wayar fius yang terbakar dengan wayar fius yang baharu. MCB merupakan sebuah suis elektromagnet yang disambungkan ke wayar hidup. MCB memutuskan litar dengan mematikan suisnya apabila arus yang mengalir melaluinya melebihi hadnya. MCB ini boleh digunakan semula dengan membuka suis semula tanpa membuat apa-apa penggantian.


(c)

Fius yang dipilih ialah fius 3 A kerana nilai fius lebih tinggi sedikit daripada nilai arus elektrik yang melalui pengering rambut.

Leave a Comment