Aktiviti 5.3 – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 5

Aktiviti 5.3:
Tujuan: Memerhatikan kesan bendasing terhadap takat lebur dan takat didih air.
Bahan: Air suling, ais, tuala tebal dan garam biasa
Radas: Bikar, kelalang kon, termometer, spatula, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, gabus berlubang dua, tiub kaca dan jam randik

(A) Kesan garam biasa terhadap takat lebur ais
Arahan
1. Balutkan dua bikar yang sama saiz dengan tuala tebal dan labelkan bikar-bikar tersebut sebagai P dan Q.
2. Masukkan bilangan ketulan ais yang sama ke dalam kedua-dua bikar.
3. Campurkan satu spatula garam ke dalam bikar P (Rajah 5.5).
4. Rekodkan suhu ais di dalam kedua-dua bikar setiap 2 minit sehingga suhu menjadi tetap.


Pemerhatian


(B) Kesan garam biasa terhadap takat didih air
Arahan
1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.6 dan labelkan kelalang kon sebagai K dan L.
2. Panaskan air dalam kedua-dua kelalang kon sehingga suhu mencapai 80°C.
3. Rekodkan suhu air di dalam kedua-dua kelalang kon setiap 2 minit sehingga suhu menjadi tetap.


Pemerhatian


Soalan:
1. Dengan menggunakan Teori Kinetik Jirim, terangkan perubahan keadaan ais dalam Aktiviti A.

2. Berikan satu inferens bagi takat didih air suling dan takat didih air suling yang bercampur garam.

3. Apakah yang dapat disimpulkan tentang bendasing melalui Aktiviti A dan B?


Jawapan:
1. Zarah-zarah ais menyerap tenaga haba daripada persekitaran dan mula bergetar dengan laju. Daya tarikan antara zarah dapat diatasi menyebabkan zarah-zarah ais bergerak lebih laju dan tidak tersusun.
Seterusnya, mengubah keadaan jirim ais dari pepejal ke cecair.

2. Takat didih air suling lebih rendah daripada takat didih air suling yang bercampur garam kerana bendasing (garam) menaikkan takat didih air.

3. Bendasing meningkatkan takat didih air dan merendahkan takat lebur ais.

Leave a Comment