Praktis Sumatif 5 (Soalan 5 & 6) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 5


Soalan 5:
Apakah yang akan berlaku kepada keadaan Bumi sekiranya tiada magnetosfera? Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
Semua hidupan akan mati. Sinaran mengion dalam angin suria akan sampai ke Bumi dan diserap oleh hidupan pada tahap yang melebihi tahap selamat. Oleh itu, risiko terhadap kesihatan hidupan akan bertambah sehingga membawa maut.

Soalan 6:
Magnetosfera Bumi ialah suatu ruang dalam angkasa yang melindungi Bumi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.


Bentuk magnetosfera Bumi dihasilkan oleh interaksi antara medan magnet Bumi dengan angin suria. Garisan medan magnet dari planet yang lain dalam Sistem Suria diwakili oleh garisan putih manakala garisan medan magnet Bumi diwakili oleh garisan merah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.


Anda dikehendaki mereka bentuk model magnetosfera dengan menggunakan bahan yang berikut:


Lakarkan model magnetosfera tersebut mengikut kreativiti anda. Terangkan bagaimana model tersebut berfungsi.


Jawapan:
Lakaran model: Jawapan murid

Penerangan:
– Beg plastik hijau mewakili Bow Shock

– Benang putih mewakili garisan medan magnet dari planet lain

– Benang merah mewakili garisan medan magnet Bumi

– Cawan polistirena mewakili lapisan yang melindungi, magnetosfera

– Penutup yang cembung mewakili bahagian magnetosfera yang menuju ke Matahari

– Plastisin mewakili Bumi

Leave a Comment