2.5.3 Saling Bersandaran dan Interaksi antara Organisma Hidup (Soalan Subjektif)

Soalan 1:
(a) Rajah 1 menunjukkan sejenis interaksi.

Rajah 1

Nyatakan dua faedah organisma itu dapat daripada interaksi ini. [2 markah]


(b) Rajah 2 menunjukkan satu carta interaksi antara organisma hidup.

Rajah 2

(i) Apakah interaksi R. [1 markah]

(ii) Nyatakan satu kebaikan interaksi di (b)(i). [1 markah]

(iii) Ikan gapi ditempatkan di dalam kolam.
Terangkan mengapa. [1 markah]

(iv) Nyatakan satu perbezaan di antara mutualisme dan parasitisme. [1 markah]


Jawapan:
(a)

  1. Mendapat tempat untuk membesar/ mendapat cahaya matahari
  2. Mengelakkan persaingan

(b)(i)
Mangsa-pemangsa

(b)(ii)
Tidak menyebabkan pencemaran/ Tiada kos (mana-mana satu)

(b)(iii)
Untuk mengawal populasi larva

(b)(iv)
Dalam mutualisme, kedua-dua organisma mendapat faedah sementara dalam parasitisme, hanya satu organisma mendapat faedah tetapi perumah dimusnahkan.

Leave a Comment