Praktis Sumatif 5 (Soalan 5 – 7) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 5


Soalan 5:
Bezakan tindak balas antara asid hidroklorik dengan natrium karbonat dan tindak balas antara asid hidroklorik dengan natrium hidrogen karbonat.

Jawapan:
Tindak balas antara asid hidroklorik dengan natrium karbonat ialah tindak balas eksotermik manakala tindak balas antara asid hidroklorik dengan natrium hidrogen karbonat ialah tindak balas endotermik.

Soalan 6:
Bagaimanakah kesan pemanasan global dapat dikurangkan melalui penanaman semula pokok?

Jawapan:
Menanam semula pokok akan meningkatkan kadar fotosintesis. Oleh sebab fotosintesis adalah tindak balas endotermik, maka lebih banyak haba akan diserap dari persekitaran ke dalam tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis. Oleh itu, suhu persekitaran menurun. 

Soalan 7:
(a) Rajah 2 menunjukkan tindak balas termit, iaitu pemanasan ferum(II) oksida, serbuk aluminium dan pita magnesium.


Adakah tindak balas termit merupakan tindak balas eksotermik atau tindak balas endotermik? Terangkan jawapan anda.


(b) Rajah 3 menunjukkan satu aplikasi tindak balas termit.


Huraikan aplikasi tindak balas termit dalam Rajah 3.


Jawapan:
(a) Tindak balas termit merupakan tindak balas eksotermik kerana haba dibebaskan ke persekitaran.

(b) Dalam tindak balas termit, pemanasan ferum(II) oksida, aluminium dan pita magnesium menghasilkan ferum dan karbon dioksida melalui satu tindak balas eksotermik. Haba yang dibebaskan dalam tindak balas ini meningkatkan suhu ferum dan karbon dioksida sehingga ferum dilebur. Leburan ferum ini digunakan untuk memperbaiki atau menyambung kembali rel besi kereta api yang terputus.

Leave a Comment