Aktiviti 6.1:
Mengkaji penghasilan arus elektrik apabila garis medan magnet dipotong oleh dawai kuprum
Bahan
Dawai kuprum bersalut PVC, dawai penyambung dan tiub kadbod dengan lilitan dawai bersalut PVC (gegelung dawai/solenoid)
Radas
Magnet bar, magnet berbentuk U dan galvanometer sifar tengah
Arahan
1. Sambungkan dawai kuprum bersalut PVC ke galvanometer sifar tengah.
2. Gerakkan dawai kuprum ke bawah di antara kutub utara dengan selatan sebuah magnet berbentuk U dan kemudiannya ke atas seperti dalam Rajah 6.3. Perhati dan catatkan pemesongan penunjuk galvanometer.
3. Gerakkan magnet berbentuk U ke atas dan kemudiannya ke bawah seperti dalam Rajah 6.5. Perhati dan catatkan pemesongan penunjuk galvanometer.
4. Sambungkan gegelung dawai kuprum bersalut PVC ke galvanometer sifar tengah.
5. Gerakkan gegelung dawai seperti dalam Rajah 6.4. Perhati dan catatkan pemesongan penunjuk galvanometer.
6. Gerakkan magnet bar seperti dalam Rajah 6.6. Perhati dan catatkan pemesongan penunjuk galvanometer.
Pemerhatian

Soalan
1. Apakah yang dikesan oleh galvanometer apabila penunjuk galvanometer terpesong?
2. Apakah yang berlaku apabila magnet bergerak secara relatif dengan dawai kuprum atau gegelung dawai?
3. Apakah yang dihasilkan oleh pemotongan garis medan magnet oleh dawai kuprum atau gegelung dawai?
Jawapan:
1. Arus elektrik
2. Pemotongan garis medan magnet (oleh dawai kuprum atau gegelung dawai)
3. Arus aruhan