Praktis Sumatif 7 (Soalan 7 & 8) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 7


Soalan 7:
Sebuah syarikat berhasrat menjalankan suatu projek kuari batu kapur tidak jauh dari Kampung Permai. Ketua kampung di kampung tersebut telah mengadakan perjumpaan bersama dengan para penduduk. Hasil perjumpaan tersebut adalah seperti yang berikut:



(a) Pada andaian anda, mengapakah majoriti penduduk Kampung Permai membantah projek kuari tersebut? Berikan pendapat anda.

(b) Penduduk yang menyokong projek kuari mempunyai satu sebab yang sama, iaitu mereka akan mendapat satu kelebihan. Pada andaian anda, apakah kelebihan itu?

(c) Ketua kampung telah memutuskan untuk membantah projek kuari tersebut selepas mengadakan perjumpaan. Wajarkah tindakan ketua kampung itu?


Jawapan:
(a) Penduduk kampung bimbang tentang kesihatan mereka. Projek kuari boleh menyebabkan pencemaran udara.

(b) Mendapat sumbangan kewangan daripada syarikat pemaju/ Mendapat peluang pekerjaan

(c) Wajar kerana projek tersebut boleh menyebabkan gangguan kesihatan kepada penduduk kampung.

Soalan 8:
Andaikan anda seorang saintis. Jumlah cahaya matahari yang diterima di kawasan Asia Tenggara telah berkurang disebabkan oleh debu yang terhasil daripada bencana alam seperti letusan gunung berapi dan aktiviti pembangunan yang dijalankan oleh manusia. Kesannya, banyak tanaman yang diusahakan oleh para petani menjadi tidak subur dan mati. Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi? Cadangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh para petani.


Jawapan:
Tumbuhan hijau memerlukan tenaga cahaya untuk menjalankan fotosintesis. Jika keamatan cahaya matahari rendah, maka kadar fotosintesis juga menjadi rendah. Oleh itu, pokok-pokok perlu bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari yang terhad. Pokok-pokok yang tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi menjadi tidak subur dan akhirnya mati. Terdapat alternatif lain yang boleh dilakukan oleh para petani untuk menggantikan cahaya matahari iaitu dengan menggunakan tenaga cahaya dari lampu dengan keamatan cahaya yang sesuai.

Leave a Comment