Latihan Sumatif 8 (Soalan 7 – 9) – Sains Tingkatan 2 (KSSM) Bab 8


Soalan 7:
Seketul batu mempunyai berat 20 N dalam udara dan 15 N apabila direndam sepenuhnya dalam air.
(a) Tentukan perbezaan berat batu dalam udara dan air.
(b) Tentukan daya tujah ke atas batu itu.
(c) Terangkan sebab batu itu tenggelam di dalam air.


Jawapan:
(a) 5 N

(b) 5 N

(c) Berat batu lebih besar daripada daya tujah.

Soalan 8:


Su Ling ingin minum air di dalam gelas dengan penyedut minuman tetapi air tidak dapat disedut masuk. Dia mendapati terdapat satu lubang kecil di atas penyedut minuman itu (Rajah 3). Cadangkan cara yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah itu.


Jawapan:
 Menutup lubang dengan jari untuk menghalang tekanan atmosfera masuk ke dalam penyedut minuman supaya air naik apabila disedut.

Soalan 9:
Mei Foong dijemput hadir ke suatu majlis yang diadakan di padang. Tanah di padang itu lembik. Dia mempunyai dua pasang kasut seperti dalam Rajah 4. Cadangkan kasut yang sesuai dipakai oleh Mei Foong untuk menghadiri majlis itu. Berikan alasan anda.



Jawapan:
Kasut Q kerana mempunyai luas tapak yang lebih besar akan mengurangkan tekanan ke atas padang. Kasut tidak terbenam ke dalam tanah yang lembik.

Leave a Comment