Praktis Sumatif 8 (Soalan 4 – 6) – Sains Tingkatan 1 (KSSM) Bab 8


Soalan 4:
Tuliskan warna yang terhasil apabila cahaya berwarna yang berikut dicampurkan.

(a) Cahaya merah + Cahaya biru = ________________

(b) Cahaya merah + Cahaya hijau = ________________

(c) Cahaya biru + Cahaya hijau = _________________

(d) Cahaya merah + Cahaya biru + Cahaya hijau = ________________

Jawapan:
(a) Magenta,
(b) Kuning,
(c) Sian,
(d) Putih

Soalan 5:
Periskop dibina menggunakan dua cermin satah. Nyatakan ciri-ciri imej yang dapat dilihat oleh pemerhati.



Jawapan:
Tegak, maya dan sama saiz

Soalan 6:


Pernyataan berikut menerangkan cermin sisi kereta:

Objek kelihatan lebih dekat daripada jarak sebenar.

Apakah jenis dan fungsi cermin sisi seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 1?

Jawapan:
Cermin cekung, berfungsi untuk melihat kenderaan di belakang dengan lebih jelas.

Leave a Comment