Praktis Sumatif 6 (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 6


Soalan 3:
Gegelung dawai digerakkan dalam arah yang ditunjukkan oleh anak panah melalui ruang antara dua buah magnet seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.



(a) Apakah kesan terhadap medan magnet apabila gerakan gegelung seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dilakukan?

(b) Apakah yang dihasilkan di dalam gegelung dawai?

(c) Apakah yang berlaku kepada LED? Jelaskan jawapan anda.

(d) Namakan alat dalam stesen jana kuasa yang mengaplikasikan konsep seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.


Jawapan:
(a) Garis medan magnet dipotong

(b) Arus aruhan

(c) LED bernyala. Arus yang teraruh mengalir melalui LED. Pengaliran arus melalui LED ini menyebabkan LED bernyala.

(d) Generator/Penjana

Soalan 4:
Rajah 2 (a) menunjukkan sebuah alat yang digunakan untuk mengkaji arus elektrik.


(a) Namakan alat yang ditunjukkan dalam Rajah 2 (a).

(b) Apakah ciri arus elektrik yang dikaji oleh alat ini?


(c) Rajah 2 (b) dan 2 (c) menunjukkan dua paparan skrin alat ini.


Namakan jenis arus elektrik yang diwakili oleh paparan skrin dalam rajah yang berikut:
(i) Rajah 2 (b)
(ii) Rajah 2 (c)


Jawapan:
(a) Osiloskop sinar katod

(b) Bentuk graf, arah arus dan perubahan voltan bagi arus terus dan arus ulang-alik.

(c)(i) Arus ulang-alik

(c))(ii) Arus terus

Leave a Comment