Praktis Sumatif 8 (Soalan 6) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 8


Soalan 6:
(a) Nyatakan tiga persamaan antara sinar-X dengan sinar gama.

(b) Rajah 1 menunjukkan keadaan dua sampel strawberi, X dan Y, sebelum dan selepas 7 hari.



(i) Antara sampel X dengan sampel Y, yang manakah telah diawetkan? Jelaskan jawapan anda.

(ii) Apakah sinaran radioaktif yang digunakan untuk mengawetkan makanan?

(iii) Bagaimanakah sinaran radioaktif ini dapat mengawetkan makanan?

(iv) Adakah makanan yang diawetkan dengan menggunakan sinaran radioaktif selamat dimakan? Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
(a)
– Sinar-X dan sinar gama merupakan sinaran mengion.

– Sinar-X dan sinar gama mempunyai kuasa penembusan yang tinggi dalam udara.

– Sinar-X dan sinar gama merupakan gelombang elektromagnet.


(b)(i) Sampel Y. Hal ini demikian kerana strawberi dalam sampel Y tidak rosak.

(b)(ii) Sinar gama

(b)(iii) Sinar gama membunuh bakteria dalam makanan.

(b)(iv) Selamat. Hal ini demikian kerana dos sinaran radioaktif dalam makanan yang diawetkan itu berada pada aras normal atau aras selamat.

Leave a Comment