Praktis Sumatif 5 (Soalan 8) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 5


Soalan 8:
Rajah 4 menunjukkan pek panas segera dan pek sejuk segera yang digunakan di hospital untuk melegakan kekejangan otot dan mengurangkan bengkak luka.


Dengan menggunakan daya kreativiti anda, ubah suai dan bina pek panas segera dan pek sejuk segera dengan menggunakan bahan yang berikut. Terangkan.



Jawapan:



Pek panas segera:
– Gunakan pencungkil gigi untuk menebuk lubang pada beg plastik yang kecil sehingga air mengalir keluar dari beg plastik kecil dan bercampur dengan serbuk kalsium klorida dalam beg plastik besar.

– Pelarutan kalsium klorida dalam air merupakan tindak balas eksotermik lalu memanaskan beg plastik yang besar.

– Oleh itu, beg plastik yang besar ini berfungsi sebagai pek panas segera.


Pek sejuk segera:
– Gunakan pencungkil gigi untuk menebuk lubang pada beg plastik yang kecil sehingga air mengalir keluar dari beg plastik kecil dan bercampur dengan serbuk ammonium nitrat dalam beg plastik besar.


– Pelarutan ammonium nitrat dalam air merupakan tindak balas endotermik lalu menyejukkan beg plastik yang besar.

– Oleh itu, beg plastik yang besar ini berfungsi sebagai pek sejuk segera.

Leave a Comment