Praktis Sumatif 3 (Soalan 5 & 6) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 3


Soalan 5:
(a) Gariskan jawapan yang betul tentang penghasilan bunyi ‘lub dub’ semasa jantung berdenyut dan tekanan darah.

(i) Bunyi (‘lub’/‘dub’) dihasilkan oleh penutupan injap aorta dan arteri pulmonari.

(ii) Bunyi (‘lub’/‘dub’) dihasilkan oleh penutupan injap antara atrium dengan ventrikel.

(iii) Bacaan tekanan darah yang mengalir keluar dari jantung dikenali sebagai bacaan tekanan (diastolik/sistolik).

(iv) Bacaan tekanan darah yang mengalir dan mengisi jantung dikenali sebagai bacaan tekanan (diastolik/sistolik).

(b) Antara bacaan tekanan diastolik dengan sistolik, yang manakah lebih tinggi? Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
(a)(i) dub

(ii) lub

(iii) sistolik

(iv) diastolik


(b) Bacaan tekanan sistolik adalah lebih tinggi daripada bacaan tekanan diastolik. Bacaan tekanan sistolik ialah bacaan tekanan darah yang lebih tinggi semasa ventrikel jantung mengecut untuk memaksa darah keluar dari jantung lalu diedarkan ke seluruh badan.
Bacaan tekanan diastolik ialah bacaan tekanan darah yang lebih rendah semasa ventrikel jantung mengendur lalu memudahkan darah mengalir dari seluruh badan kembali ke jantung

Soalan 6:
(a) Jadual 1 menunjukkan empat orang penderma darah daripada kumpulan darah yang berlainan.


Seorang mangsa kemalangan jalan raya telah kehilangan darah yang banyak. Dia disahkan mempunyai darah daripada kumpulan B.

(i) Penderma darah yang manakah sesuai untuk mendermakan darah kepada mangsa tersebut?

(ii) Terangkan kesan kepada mangsa tersebut sekiranya dia menerima darah daripada Sita.


(b) Persatuan Bulan Sabit Merah menganjurkan kempen ‘Jom Derma Darah’ untuk mengisi tabung darah. Terdapat tiga individu yang berminat untuk menyertai kempen tersebut. Jadual 2 menunjukkan umur, jantina dan jisim badan mereka.


(i) Berdasarkan Jadual 2, individu yang manakah paling sesuai untuk menderma darah? Terangkan jawapan anda.

(ii) Apakah syarat tambahan khas bagi penderma darah tentang kesesuaiannya menderma darah?


Jawapan:
(a)(i) Eric, Roy

(ii) Mangsa tersebut akan mati. Hal ini disebabkan oleh berlakunya penggumpalan darah.


(b)(i)
Individu 2.
Hal ini disebabkan dia memenuhi syarat umur 18 tahun ke atas tetapi kurang daripada 60 tahun. Dia juga memenuhi syarat jisim badan lebih 45 kg.

(ii) Perempuan yang mengandung tidak sesuai menderma darah.

Leave a Comment