Praktis Sumatif 3 (Soalan 9 & 10) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 3


Soalan 9:
Tiga orang murid, Badrul, Azizah dan Murad menjalankan satu aktiviti kecergasan untuk mengkaji kesihatan jantung mereka. Jadual 3 menunjukkan kadar denyutan nadi untuk mereka bertiga sebelum dan selepas aktiviti kecergasan tersebut.



(a) Namakan murid yang paling berisiko menghidap penyakit jantung. Jelaskan jawapan anda.

(b) Namakan murid yang mempunyai jantung yang paling sihat. Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
(a) Badrul. Dia mempunyai kadar denyutan nadi paling tinggi sebaik sahaja selepas aktiviti.

(b) Azizah. Kadar denyutannya kembali ke kadar asal dalam sela masa 15 minit selepas aktiviti.

Soalan 10:
Semua ahli Kelab Sains sekolah anda telah bersetuju untuk menjalankan satu projek tanaman herba di sekolah. Herba yang hendak ditanam ini akan tumbuh dengan subur apabila kadar transpirasi adalah sederhana dan pendedahan kepada cahaya matahari yang mencukupi untuk menjalankan fotosintesis. Rajah 4 menunjukkan tiga kawasan, iaitu:

• kawasan A di dalam bilik makmal yang gelap

• kawasan B di bawah bumbung yang redup dalam kawasan yang cerah

• kawasan C di padang sekolah yang panas di bawah Matahari




(a) Berdasarkan Rajah 4, kawasan yang manakah paling sesuai untuk dijadikan tapak projek tersebut? Terangkan jawapan anda.

(b) Bina sebuah model yang paling sesuai untuk menjayakan projek ini. Model tersebut merupakan sebuah rumah kaca atau rumah hijau di mana kelembapan udara dan keamatan cahaya boleh dikawal. Binaan model tersebut hendaklah menggunakan bahan yang berikut:





Jawapan:
(a)
Kawasan B.
Kawasan A tidak sesuai bagi pertumbuhan herba. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan cahaya yang diperlukan oleh herba untuk menjalankan fotosintesis  Kawasan C tidak sesuai bagi pertumbuhan herba. Suhu yang tinggi di kawasan ini akan meningkatkan kadar transpirasi herba. Kawasan B adalah sesuai bagi pertumbuhan herba. Suhu pada kawasan redup ini dapat mengekalkan kadar transpirasi herba. Tambahan pula, kehadiran cahaya matahari dalam kawasan yang cerah ini membolehkan herba untuk menjalankan fotosintesis. 

(b) Contoh model binaan

Leave a Comment