Praktis Sumatif 2 (Soalan 6 & 7) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 2


Soalan 6:
Azura merupakan seorang pesakit asma.
(a) Mengapakah doktor menasihati Azura supaya mengurangkan lawatannya ke kebun bunga semasa musim bunga?

(b) Selain kebun bunga, namakan dua lokasi lain yang harus dijauhi oleh Azura. Terangkan jawapan anda.


Jawapan:
(a) Pada musim bunga, lebih banyak debunga dibebaskan daripada anter. Apabila Azura menyedut udara yang mengandungi debunga, risiko dia akan menghadapi serangan asma meningkat.

(b) Mana-mana tempat yang berjerebu dan berdebu.Contoh: kawasan perindustrian, tapak pembinaan dan lain-lain. Jerebu dan debu juga menyebabkan serangan asma pada pesakit asma.

Soalan 7:
(a) Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi kecekapan alveolus untuk memaksimumkan pertukaran gas di dalam badan manusia.

(b) Nyatakan satu simptom dalam setiap penyakit respiratori yang berikut:
Apakah yang menyebabkan simptom ini?

(i)
Asma
Simptom :
Sebabnya :


(ii)
Bronkitis
Simptom :
Sebabnya :

(iii)
Emfisema
Simptom :
Sebabnya


Jawapan:
(a) Dinding setebal satu sel, permukaan yang lembap, luas permukaan yang besar dan jaringan kapilari yang padat

(b)(i)
Asma
Simptom: Sesak nafas

Sebabnya: Pembebasan mukus yang keterlaluan pada permukaan alveolus mengurangkan luas permukaan dan kadar pertukaran gas pada alveolus lalu menyebabkan sesak nafas.


(b)(ii)
Bronkitis
Simptom: Sering tercungap cungap

Sebabnya: Radang bronkus dalam pesakit bronkitis yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa dalam asap rokok mengurangkan kadar laluan udara dari hidung ke peparu melalui bronkus. Hal ini menyebabkan pesakit bronkitis sering tercungap cungap.


(b)(iii)
Emfisema
Simptom: Sesak nafas

Sebabnya: Alveolus dalam pesakit emfisema dirosakkan oleh bahan yang berbahaya dalam udara seperti perengsa dalam asap rokok. Oleh itu, luas permukaan pertukaran gas pada alveolus dikurangkan dan menyebabkan sesak nafas.

Leave a Comment