Praktis Sumatif 1 (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 3 (KSSM) Bab 1


Soalan 3:
Rajah 2 menunjukkan gerak balas A dan B pada mata.



(a) Nyatakan gerak balas yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

(b) Nyatakan rangsangan yang menyebabkan gerak balas ini.

(c) Bagaimanakah rangsangan menghasilkan gerak balas ini?


(d) Gerak balas ini melindungi mata terutama pada retina dengan menghalang keamatan cahaya yang berlebihan masuk ke dalam mata. Jelaskan mengapa semasa fenomena gerhana matahari berlaku, kita perlu melihat kejadian tersebut pada permukaan air di dalam sebesen air.



Jawapan:
(a) Perubahan saiz pupil pada mata.

(b) Keamatan cahaya yang masuk ke dalam mata.

(c) Semakin rendah keamatan cahaya yang ditujukan kepada mata, semakin besar saiz pupil pada mata.

(d) Sewaktu gerhana matahari berlaku, sinar cahaya matahari yang terang memasuki ke dalam mata dan merosakkan sel di retina.


Soalan 4:
Dalam kelas sains, Azura telah mempelajari mekanisme pendengaran dan penglihatan.

(a) Bina satu carta alir yang dapat menunjukkan laluan bunyi dari suatu sumber bunyi yang masuk ke dalam telinga.

(b) Bina satu carta alir yang dapat menunjukkan laluan cahaya dari suatu objek yang masuk ke dalam mata.


Jawapan:
(a) Bunyi → Cuping telinga → Salur telinga → Gegendang telinga → Tulang osikel → Jendela bujur → Koklea → Saraf auditori → Otak.

(b) Cahaya → Kornea → Gelemair → Pupil → Kanta mata → Gelemaca → Retina → Saraf optik → Otak.

Leave a Comment