9.5.2 Pengaliran Haba dan Keseimbangan Haba (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
(a) Rajah 1 menunjukkan tiga cara pengaliran haba, W, X dan Y.

Rajah 1

Pada Rajah 1, bulatkan X atau Y untuk menunjukkan haba mengalir melalui sinaran. [1 markah]


(b) Rajah 2 menunjukkan susunan radas untuk menyiasat pembebasan haba pada jenis permukaan yang berbeza.

Rajah 2

(i) Selepas beberapa minit, berlaku perubahan suhu.
Kelalang kon manakah, P atau Q, menunjukkan penurunan suhu yang lebih besar bagi air itu? [1 markah]

(ii) Beri satu sebab bagi jawapan di (b)(i). [1 markah]


(c) Jadual di bawah menunjukkan dua bekas dengan jenis permukaan yang berbeza.
Setiap bekas mengandungi isi padu air panas yang sama pada suhu yang sama.


Dalam Jadual, tandakan (\/) dalam petak yang disediakan untuk menunjukkan air yang mana lebih sejuk selepas terdedah kepada persekitaran selama lima minit. [1 markah]


(d) Rajah 3 menunjukkan sebuah lori tangki minyak yang dicat dengan warna perak.

Rajah 3

Beri satu sebab mengapa lori tangki minyak tidak dicat hitam. [1 markah]

(e) Nyatakan satu contoh kegunaan konduktor haba di dalam rumah. [1 markah]


Jawapan:
(a)
Y

(b)(i)
P

(b)(ii)
Permukaan berwarna hitam adalah pemancar haba yang baik berbanding dengan permukaan berwarna putih.

(c)



(d)
Untuk mengurangkan penyerapan haba yang boleh menyebabkan kebakaran atau letupan.

(e)
Kuali keluli




Leave a Comment