9.5.3 Prinsip Pengembangan dan Pengecutan Jirim (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
(a) Rajah 1.1 menunjukkan satu termometer yang digunakan di makmal.

Rajah 1.1

Apakah yang akan berlaku kepada merkuri apabila bebuli dimasukkan ke dalam air panas? [1 markah]

(b) Rajah 1.2 menunjukkan keadaan satu jalur dwilogam dalam satu proses pemanasan.

Rajah 1.2

Mengapakah jalur dwilogam membengkok apabila dipanaskan? [1 markah]


(c) Rajah 1.3 menunjukkan sistem penggera kebakaran.

Rajah 1.3

(i) Apabila berlaku kebakaran, jalur dwilogam itu membengkok.
Dalam petak berwarna yang disediakan dalam Rajah 1.3, lukis anak panah untuk menunjukkan arah pembengkokan itu. [1 markah]

(ii) Terangkan bagaimana penggera kebakaran berfungsi apabila jalur dwilogam dipanaskan. [2 markah]


(d) Rajah 1.4 menunjukkan satu kaedah menanggalkan penutup logam yang ketat bagi sebuah botol.

Rajah 1.4

Mengapakah kita menggunakan air panas untuk menanggalkan penutup logam yang ketat itu dengan mudah? [1 markah]

(e) Rajah 1.5 menunjukkan beberapa kabel elektrik.

Rajah 1.5

(i) Apakah yang terjadi kepada kabel elektrik itu pada cuaca sejuk. [1 markah]

(ii) Beri satu sebab bagi jawapan di (e)(i). [1 markah]


Jawapan:
(a)
Merkuri akan mengembang.

(b)
Logam Q mengembang lebih banyak daripada logam P.

(c)(i)



(c)(ii)
Haba daripada kebakaran menyebabkan jalur dwilogam mengembang ke arah titik sentuh. Apabila jalur yang membengkok menyentuh titik sentuh dan melengkapkan litar, penggera kebakaran berbunyi.

(d)
Penutup logam akan mengembang apabila dipanaskan.

(e)(i)
Kabel elektrik akan meregang.

(e)(ii)
Kabel mengecut apabila sejuk.



Leave a Comment