7.4.2 Pembakaran (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
(a) Rajah 1.1 menunjukkan dua bekas berlainan, L dan M. Belalang di dalam kedua-dua bekas itu adalah serupa.

Rajah 1.1

(i) Nyatakan satu perbezaan antara belalang dalam bekas L dengan bekas M selepas dua hari. [1 markah]

(ii) Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan situasi dalam bekas L dan bekas M? [1 markah]


(b) Rajah 1.2 menunjukkan empat batang lilin yang serupa ditutupi oleh empat bekas, P, Q, R dan S, yang berlainan saiz.

Rajah 1.2


(i) Dalam Jadual 1, rekodkan masa yang diambil oleh lilin dalam bekas R untuk padam. [1 markah]

Jadual 1

(ii) Ramalkan masa yang diambil oleh lilin dalam bekas S untuk padam. [1 markah]

(iii) Berdasarkan data pada Jadual 1, lukis carta bar untuk menunjukkan masa yang diambil bagi lilin untuk padam dalam setiap bekas. [2 markah]

(c) Berdasarkan carta bar yang dilukis di (b)(iii), nyatakan hubungan antara saiz bekas dengan masa yang diambil untuk lilin padam. [1 markah]

(d) Nyatakan pembolehubah bergerak balas dalam eksperimen ini  [1 markah]

(e) Ramalkan masa yang diambil bagi lilin dalam bekas P untuk padam jika udara dalam bekas itu digantikan dengan udara humbusan. [1 markah]

(f) Nyatakan definisi secara operasi untuk pembakaran. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Belalang dalam bekas L mati tetapi belalang dalam bekas M masih hidup.

(a)(ii)
Keadaan belalang dalam bekas L dan M bergantung kepada kehadiran oksigen.

(b)(i)
11 saat

(b)(ii)
Lebih daripada 11 saat

(b)(iii)


(c)
Semakin besar saiz bekas, semakin panjang masa yang diambil untuk nyalaan lilin itu padam.

(d)
Masa yang diambil untuk nyalaan lilin itu padam.

(e)
Kurang daripada 5 saat.

(f)
Pembakaran adalah masa yang diambil untuk nyalaan lilin itu padam.



Leave a Comment